p>
Get your own Digital Clock

Saturday, February 5, 2011

seram sejuk....huh~~

semalam...aq ngah wat nota agama....dlm kol 11 lar...tngh syok2 dowk taw...kak aq p0wn blik umah dri kdai mkn ngn ank jiran dkat ngn umah aq..lpz 2..,kak aq msok blik n ank jiran tdey pown tipon...dya katew dya nmpk bnda putih trbang dekat pokok mnggis umah jiran aq...huh!>< dh lar agk dkat...uhh!air mka aq twoz berubah...xjdi aq nk wat nota agama..ummm..


nden...,dngn bangga n braney nye dya...dya dowk citer cam ne bley trjdi...dya katew time 2 dh ondaway nk blik umah dh...ttbew jer dya ase n xsdap aty...meremang abiz blu roma dya...tngok2..,btol bnda 2 adew dkat2 ngn dya...hareeeyyyyy(dlm aty aq berkata)..aq katew kat dya..,dh2...jom psng kelambu jap...nk tdo dh ney...pdhal...,dlm aty aq ney ase tkowt thp cipan...WTH...ggrrr..nk ttop lampu blik pown suwoh abah aq tlong ttop kn...h0h0h0h0...


dh selesai kmz tmpt tdo...,aq suwoh kak aq bka lgu kuat2...hehe...xmaw bgey ase sunyi sngt..huk6..aq pown lending atz tilam dngn sng aty..tpi xsng aty sngt pown...huh~ aq juz dowk sengap sambil menanti saat 12 mlm tiba...huk3..nk taw sbb apew???aq nk wat super savers lar..nk ckp2 ngn bf kesayangan aq...hee :)


tpat kol 12..,twoz aq kol dya...huhuhu...aq ckp ngn dya pown cover...bknye sbb maluw pown..tpi ketaq....fuh!aq pown citer lar sbb aq tkowt...hehe..pas 2..,aq pown mla ase ok ckit...tpi bla dh xdk bnda apew nk ckp ngn dya...aq diam twoz..nden..,aq dngaq something yg xbez kat telinga aq..uhh!!bdn aq twoz dowk kaku..xbergerak ckit pown..bla aq dngaq leklok..,kucing yg bsing nk mengawan..hampeh....walopown kucing cbok nk mengawan..,aq still ase bnda 2 adew dkat ngn aq...WTF..lpz2 abiz je ckp ngn dya...,aq twoz tdo  dlm keadaan ttop mka aq ngn bantal,teady bear n kain batik..tkowt pnye pasal..,aq snggop xbernafas dgn selesa...h0h0h0...


dan aq bngon tdo dgn bahagianye...hahaha...ney yg aq mlz kalo bnda mcm 2 dkay sngt aq...uhh!>< mnx2...mnggu time aq blik...xjdi lgey bnda cam ney...sblom terlupa...,kak aq penah dngaq bnda 2 dowk menangis...kak aq dngaq jelas yg amat...dan yg agk pastinye...bnda 2 mmg dok dkat2 ngn umah aq...huh~
xbraney lar lpz ney nk tdo lmbt2...hee...ley caye ke aq ney???h0h0h0...


sekian cerita aq ntok mnggu ney...arie ney aq dh nk blik hostel...
h0h0h0...bubye sume...
SALAM,....;)

Wednesday, February 2, 2011

dia sayangkan aku...

dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia takkan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas ketelanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan,dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak pelok. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemmburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku?? Bila aku cakap macam tu,dia Cuma senyum dan cakap pada aku, “belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awk... belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak...

Yang nyata,aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia,sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku denganpenuh kasih sayang. Tapi aku?? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak!! Sampai satu masa aku tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak janji dengan awak satu benda,untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia,hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak,terima awak seadanya,hormati awaksebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata belinang.

Argh!! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku dah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku!! Lelaki yang dah menyakitinya!! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang membawa dia dan aku pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga dia masih ada ruang dalam hati dia untuk  aku. Dia sangat baik. Aku ttak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberaoa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukah kawan dia tentang kejadian sebenar?? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah hari lahirku. Hari lahirku dua minngu lagi. Balutan kertas itu ku buka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Da kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi,bila awak baca setiap hari,anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada di dalam hati saya. Happy Birthday sayang...”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari Cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya ikhlas. Demi Allah,sepanjang aku bergelar leleki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehinnga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan yang asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika da yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku mencapai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku puntak yahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “sayang...saya datang... cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tak menentu. Aku panic.

“hei, apa yang kau dah buat pada dia?? Tak cukup kau sakiti kawn aku??” jerkhan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Di atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa pasal bola. Dia Cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dab minta abang ambil sendiri sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dngen abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya?? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tida sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek?? Tapi kan dia nak makan kek ni ddengan aku.

“sayang.. etrima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nka makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya??” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“baliklah. Saya makin sakit sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa yang berkaitan dengan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertututp untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datng lagi tapi katil dia dah kosong. Aku risau jika apa-apa ayng buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang membuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah berbaik-baik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanitabyang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya aku menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia?? Aku pasti dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan dia tidak serupa lagi. Dia sedang bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah berkahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak standing suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu Cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, Cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walaupun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya lagi tak sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung , tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Tuesday, February 1, 2011

my dear...;)

assalamualaikum....


kali ney aq nk citer sal 'boy' aq..hehe..nma dya MOHD FIRDAUS BIN MOHD AMIN..lahir kat gurun(xtaw btol kew x)hehe..,3 oktober 1995..
skg dya stdy kat SMK IBRAHIM,SG PETANI..sme ngn aq lar..hehe..tawn ney dh msok form 4..dya dowk klz SC(science stream)..,aq dowk klz ST(science technical)or lbey dikenali sbgai klz KEJUTERAAN..agk joh beza subjek yg dya amik ngn aq...huh~ erm..xkewsah sume 2..jnji kmi 2 brjaya dngn usaha kmi wat...INSYA ALLAH....hehe...dya ney...,aq knal sjak dr form 1..,2 pown knal dr kwn2 aq...time form 2..,bwu aq knal dya btol2..2 pown sbb adew hal yg libatkan dya dlm hidup aq time 2..hee..;)

dya sngt baek ngn sume owunk..aq pown ska tngok cra dya brkwn ngn owunk..dya jniz open minded..dya ska tlong kapel2 yg adew problem..trmsok lar dri aq sndri..tpi time 2 aq ngh kapel ngn owunk len lar..hehe...:) aq slaluw sngt mngadu problem kat dya..dya lar yg bgey smngt kat aq spya aq xcpt mngalah..huh~ xmnyesal aq knal ngn dya..huhuhu..
disbabkn itu...,HATI aq mla trtarik ngn dya..huh!>< ttbew jer..hahaha..aq pown xsngka yg aq bley ska kat dya sngt2..tpi mmg ptot pown aq ska kat dya sbb dya sngt cumil...!!!bgey aq lar..owunk laen aq xtaw..huk3..biaq ark..dh dya mmg cumil..hohoho..rambut dya perang..mata dya brown colour..cntek..bulu mata dya pown pnjg n mlentik..aq ska sngt tngok mata dya..tpi bla aq tngok mata dya lme2..,jntung aq seolah-olah brhenti tpi aq msih hidup lar..huk3..lidah aq plak terkelu n xley nk berkata-kata..huh!><
huish!dh2..lbey2 lak ckp kat cni..hehehe
erm..,cam ne aq ley kpel ngn dya???pnjg lar citer dya..huh~ erm,aq mla kpel ngn dya dr awl tawn lpz..2 pown slpz aq mngaku yg aq ska kat dya..huk3..aksi braney mati yg aq penah wat dlm hidup aq..hik6..nseb bek dya bgey respon yg aq xsngka yg mnyebabkan aq twoz kapel ngn dya..haha..time 2..,hanya TUHAN yg taw prsaan aq time 2..ase mcm nk jerit jer..tpi maluw kat owunk kalo aq wat mcm 2..huk6
first2,aq ase laen gler bla dh kapel ngn dya..tpi..,lme3....huh!>< xtaw nk katew..hahaha..ALHAMDULILLAH....smpai arie ney aq mseh brsma dya..:)
aq pown dh syg gler kat dya..huh!>< aq pown dh dpt ase prasaan dya trhdp aq(deret prasan aq ney)hehe..takat 2 jer aq nk citer..mlz nk citer bnky2..nnty owunk katew..,aq ney pulown...hoho0oho..

he is my boy..;)


hehehe..dya kecik jer..xbsar ngt pown...
erm...,aq dh xtaw nk tliz apew dh skg...
sekian.........:)


bdk agk xbrslh..><
nurul nadia,4ST

PEREMPUAN VS LELAKI:SIAPA KUAT CEMBURU??


1- Kalau si GF tegur si BF yang cuba nak berbaik baik dengan kawan perempuan,kawan sekelas ke. Mereka akan cakap “Nak berkawan pon salah?” “Perempuan ni memang suka kongkong lah”. Tapi kalau si GF buat benda yang sama, baik baik dengan kawan lelaki, mulalah si BF nak merajuk & emosi.
2- Yang dah kahwin lain pulak ceritanya. Lagi lagi kalau isteri tak bekerja, duduk kat rumah jaga anak anak. Bukan main ligat lagi si suami keluar lunch dengan kawan kawan ofis, si isteri senyap je. Tapi bila isteri ber-Facebook, komen komen blog rakan blogger kat rumah mulalah nak sindir sindir, merajuk, tarik muka. Walaupun tak semua  suami macam ni tapi ada jugak kan?
3- Cemburu si GF/isteri dengan kawan lelaki tu boleh diterima lagi, biasalah kalau dah sayang kan. Tapi ada jugak lelaki yang jeles dengan kawan kawan perempuan pasangan dia. Sampaikan GF/isteri selalu calling2 dengan bestfriend nak ajak bergossip pon dia merajuk.  Jangan cakap takde, ada ye! Walaupun tak semua.
Kenapa lelaki kata PEREMPUAN kuat cemburu?
1- Perempuan ni berjiwa sensitif, kalau si Bf  macam cuba nak beramah mesra dengan cashier masa nak bayar barang atau toll gate girl time nak bayar duit tol pun dah muncung sedepa. Mulalah nak ungkit. Cerita 4tahun lepas pun boleh keluar.
2- Kawan kelas si GF bagi sms or call nak tanya assaignment pon, si GF kata si BF nak menggatal dengan perempuan lain. (Tapi yang perempuan tu pon, macam dah tak da kawan kelas perempuan yang lain pulak kan? Kan dah emosi)
3- Bila si BF/suami nak pergi reunion, mulalah nak cakap “tu nak pergi jumpa awek lama la tu” or “ni mesti nak mengelak keluar dengan i kan?”.
Kesimpulannya, cemburu ni normal. Cemburu tu tandanya sayang. Kalau tak sayang, suka hati awaklah nak terjun longkang ke parit ke. Sebab dah sayang kena lah jaga molek molek kan?
info: Kenapa perempuan selalu di ‘COP’ kuat cemburu?
1. Perempuan lebih cenderung untuk tunjuk cemburu tu dengan reaksi muka,tindakan, bebelan. Lelaki lebih suka, simpan dalam hati & menunjukkan dengan cara sendiri yang lebih tersirat. Ego!
2. Perempuan lagi kritikal dalam berfikir.Tapi terlampau memikirkan sangat sesuatu perkara sampai memberi kesan kepada life sendiri pon tak bagus. Yang lelaki,selalu menganggap benda tu sebagai remeh, malas nak pikir & tak perlu nak serius sangat. Kadang kadang tu macam ignorant pon
JGN SEGAN2 NK BACA NOH...HEHEHE..;)
aq xdk citer sngt...bab 2 lar aq amek n curi2 copy artikel neyh...huhuhu...:D

Monday, January 31, 2011

cerita blue....(blue kew???)

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu,
dia terus mengusap-usapbatang tersebut,
kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu,
hatinya puas dansemangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.
Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk
"bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan,
dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu
dan menyedut keluar sedikit susu ...
"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar 
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut.
Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yangberkaitan dengan seks....jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorangyang normal..Tapi jangan terlebih pikir 18SX jer?ANDA MACAM MANA? saya normal.....hehehee